JENDELA ALAM: Paparan Foto Wajah Alam . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 27 Januari 2013

Minda Editor


JENDELA ALAM adalah sebuah majalah khusus yang memaparkan gambar pemandangan yang dirakam di tempat-tempat menarik sama ada pemandangan sungai, lautan, tasik, hutan, bukit-bukau, gunung, lembah, jalan raya, jeti dan sebagainya.

MINDA EDITOR

ALLAH S.W.T menjadikan alam ini cukup cantik dengan pemandangan yang amat mempesonakan. Manusia tidak dapat menciptakan alam seumpama ini, manusia hanya pakar dalam memusnahkannya. Inilah sifat manusia, tidak mensyukuri nikmat pemberian-Nya. Allah S.W.T  menjadikan bukit dan gunung sebagai tiang (pasak), tetapi apabila diserahkan amanah kepada manusia, manusia menggondolnya dan meruntuhkannya kerana bermewah untuk membina rumah dan penginapan di atasnya sebagai gaya hidup yang memusnahkan.

Bahkan sungai, lautan, tasik malah tempat takungan air, manusia sengaja mencemarinya dengan pelbagai sisa buangan sama ada sampah, bahan-bahan kimia dan toksik sehingga bukan sahaja boleh meracuni hidupan dan habitat dalam sungai itu, tetapi juga boleh membunuh manusia sendiri. Apabila diserang penyakit, manusia menyalahkan Allah kerana ditimpakan penyakit, tetapi secara tidak sedar adalah disebabkan sikap "tangan gatal" manusia sendiri dengan secara sengaja mencemari ekologi dan alam yang telah dijadikan Allah untuk kepentingan manusia memperolehi manfaat darinya seperti udara dan sebagai bahan penyembuh kesihatan manusia sendiri.

Dalam hal ini, Penulis berharap manusia memerhatikan diri sendiri dan alam sekeliling ini dengan sifat rasa sayang untuk tidak memusnahkan unsur-unsur yang telah diciptakan di dalamnya yang juga untuk keperluan manusia sendiri.

Oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
Editor
Jendela Alam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan